Thursday 24 January 2013

Kerjaya pelatih haiwan...

Assalammualaikum...utk permulaan didalam Blog ini saya ingin menceritakan bagaimana kegigihan,kesabaran
serta cabaran yang dihadapi oleh seorang pelatih haiwan untuk melatih haiwan..Sebenarnya ramai lagi pelatih-pelatih haiwan di malaysia ini yang'hebat' tapi jarang kita ketahui kewujudan mereka.Disini saya ingin memaparkan kisah mereka kepada anda semua .Sebelum itu...

Apakah tugas utama seorang pelatih haiwan?...
..untuk menjadi seorang jurulatih haiwan yg bagus,aspek yg paling penting ialah dapat memahami  habitat
  haiwan yg digaga dan dilatih.Haiwan seperti juga kita manusia mempunyai 'Mood' yg berbeza, kadang kala
  boleh 'naik angin' dan tidak akan mematuhi apa-apa arahan pelatihnya.Pelatih harus bijak memahami
  perangai haiwan jagaannya.
..Kebersihan kandang,bekas makanan dan minuman dalam keadan bersih serta bekalan makanan haruslah yg terbaik(segar) untuk memastikan kesihatan haiwan tersebut tidak terjejas.


Perkara yang perlu ada  dalam diri seorang pelatih...
..Bertanggungjawab merupakan satu sikap yang paling diperlukan ini kerana selain melatih,penjagaan 
  pemakanan,tahap kesihatan dan keselesaan haiwan tersebut.
..Minat yang mendalam dalam kerjaya ini harus ada pada diri pelatih kerana tanpa minat pelatih akan cepat 
  rasa bosan dan akan melakukannya tidak sepenuh hati.
..Kesabaran merupakan aspek utama dalam diri pelatih ini kerana perangai dan tindak tanduk haiwan 
  adakala sukar dijangka. Apabila haiwan ini 'buat perangai' pelatih harus bijak menggunakan pelbagai teknik
  menarik kembali minat haiwan tersebut untuk melakukan apa yang kita inginkan.
..Sifat penyayang terhadap haiwan perlu ada pada seseorng pelatih ini kerana jika haiwan terlalu takut pada 
  pelatih adalah amat sukar untuk melatih haiwan tersebut.


5 perkra asas melatih haiwan....

1)Ganjaran positif:
  jika haiwan membuat dengan betul upah(makanan) akan diberi lebih.
2)Ganjaran negatif:
  jika haiwan tidak mahu melakukan apa yang di inginkan upah  tidak diberikan.
3) Hubungan pelatih dan haiwan:
   penggunaan wisel,siulan,suara yg lantang dimana jika haiwan melakukan dengan betul.
4)Sasaran(Q)
  isyarat yang ditunjukan(target)diabaikan dan digantikan dgn isyarat tangan utk berinterraksi dgn haiwan.
5)Objek:
  Peralatan permainan spt bola dll mesti diberikan secara perlahan-lahan kerana haiwan akan takut pada objek yg baru.
  yg tidak dikenali.

Adakah anda pernah pergi menyaksikan aksi-aksi haiwan yang begitu lincah,cerdik menunjukan aksinya dimana-mana?Adakah kita terfikir bagaimana haiwan ini dilatih?
Disini saya berkesempatan berkongsi pengalaman dengan  pelatih haiwan untuk saya tuliskan diblog ini utk  sama -sama kita fikirkan keunikkan kerjaya mereka.Sebenarnya ada ramai lagi pelatih-pelatih haiwan yang hebat dinegara kita Malaysia ini .

................sekian.......tunggu kisah kisah selanjutnya..........